Menu
in , , , , , ,

Ninja Dedahkan Pernah Jana Lebih RM20 Juta Sebulan Melalui Fortnite Creator Code

Kita semua kenal Tyler “Ninja” Blevins sebagai seorang streamer yang telah menjana pendapatan cukup lumayan. Tetapi, betapa lumayan sebenarnya Ninja pernah jana?

Dalam satu sesi stream-nya terbaharu, Ninja telah mendedahkan yang beliau pernah memperoleh USD5 juta (sekitar RM20.62 juta) dalam satu bulan melalui Fortnite Creator Code. Walau bagaiamanapun, beliau tidak menyatakan bilakah bulan tersebut.

Korang boleh dengarkannya di bawah (terima kasih, Dexerto):

Fortnite Creator Code adalah satu program yang diperkenalkan Epic Games — iaitu apabila mana-mana pemain membeli barangan dalam Fortnite, kemudian menggunakan kod streamer kegemaran mereka, streamer itu akan memperoleh 5 peratus daripada jumlah pembelian tersebut.

Ini merupakan satu program untuk membantu streamer menjana pendapatan setelah mereka banyak bermain/mempromosikan Fortnite.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version