#RelationshipGoals
Siapa yang tidak kenal dengan Tyler Blevins, atau lebih dikenali dengan gelaran Ninja? Gamer/streamer yang mencipta fenomena global, bersama-sama dengan populariti Fortnite.
Kalau korang perasan, kesemua pemain yang beliau pernah squad-up bersama ialah gamer lelaki, dan tidak pernah kita melihat Ninja bermain online bersama gamer/streamer wanita. Ini telah menimbulkan kemusykilan dalam kalangan para peminat beliau.
Terbaru, dalam temubual Ninja bersama Polygon, beliau telah mendedahkan mengapa situasi ini berlaku. Disebabkan ingin menjaga perasaan isterinya, Jessica, beliau tidak mahu bermain game online bersama wanita lain. Beliau mengerti bagaimana sesuatu situasi bersama wanita lain yang sepatutnya tidak ada apa-apa makna, boleh diviralkan oleh Internet dan boleh melukakan hati isterinya.
“Jika saya mempunyai perbualan dengan seorang streamer wanita di mana kami main bersama, dan mungkin ada sedikit situasi mengorat, ia akan diambil dan diletakkan dalam pelbagai video untuk dijadikan clickbait buat selamanya,” kata Ninja.
Beliau kemudian menjelaskan yang ia adalah keputusan beliau sendiri, dan bukan hasil suruhan daripada isterinya. Ninja menyatakan betapa sayangnya beliau kepada isterinya dan tidak mahu menimbulkan sebarang fitnah.
“Itu bukan suruhan dia [isterinya]. Dia tiada kena mengena. Ini adalah saya seperti ‘saya sayangkan hubungan kami dan tidak, saya tidak mahu kamu melalui semua itu.'”
Ada yang mengkritik, dan ada juga yang menyambut baik keputusan Ninja ini. Yang mengkritik mengatakan, melalui populariti Ninja, beliau boleh mengubah pandangan ramai terhadap diskriminasi kepada gamer/streamer wanita. Yang memuji tindakan Ninja ini pula, mengatakan yang mereka mengerti bagaimana Ninja mahu melindungi hubungan yang beliau sayang itu daripada bermacam fitnah yang boleh ditaburkan di Internet.
Apa pula komen korang? Setuju atau tidak pendekatan yang dilakukan oleh Ninja ini? Mengapa?
Comments
Loading…