Bersempena ulangtahun ke-10 game asal Nier, Square Enix telah mengumumkan beberapa berita baik untuk peminat setia francais ini.
Nier Replicant akan mendapat versi remastered untuk PC (Steam), PS4 dan Xbox One — yang akan dikenali sebagai Nier Replicant ver. 1.22474487139.
Versi ini akan menampilkan lakonan suara baharu, muzik yang dirakamkan semula dan muzik-muzik baharu daripada komposer Keiicher Okabe, serta beberapa karakter baharu dan mungkin juga penamat baharu yang berbeza.
Korang boleh tonton trailer acah yang dikeluarkan di bawah:
Di samping itu, Square Enix turut mengumumkan sebuah game Nier baharu yang akan dilancarkan ke peranti iOS dan Android — diberi judul Nier Reincarnation.
Ini pula trailer acah untuk game mobile ini:
Buat masa ini, belum ada tarikh pelancaran diumumkan untuk kedua-dua game Nier ini.
Comments
Loading…