in

NieR: Automata: Ucapkan Hello Kepada Screenshot Nan Baru Lagi Lawa!

Jom layan screenshots best dari issue paling latest Weekly Famitsu!

Selain daripada screenshots terbaru, ada juga artwork-artwork terbaru untuk tontonan korang!

Korang juga boleh melihat karakter-karakter baru yang diumumkan pihak developer dalam screenshots terbaru ini. Dua karakter baru ini adalah YoRHa No. 9 Type S dan YoRHa Type A No. 2

YoRHa No. 9 Type S mempunyai personaliti yang keanak-anakkan tetapi adalah seorang yang baik hati. 9S mempunyai kepakaran dalam misi-misi yang melibatkan penyelidikan. 9S juga mempunyai kemahiran dalam mengumpulkan maklumat-maklumat, kebanyakanya daripada hacking. Sebagai satu unit YoRHa, 9S agak emosional dan ramah.

NieR-Automata-9S-001
9S

YoRHa Type A No. 2 dikatakan seperti mempunyai sangat banyak kebencian di dalam dirinya dari perkara lampau. Dia adalah satu unit prototype dari unit YoRHA dan kepakarannya adalah dalam melee attack. A2 sudah lama beroperasi sebelum 2B dan 9S dikeluarkan lagi. A2 jenis tak cakap banyak, dan selalu membuat perkara seorang diri.

NieR-Automata-A2-001
A2

YoRHa No. 2 Type B adalah awek yang selalu kita tengok dalam trailer dan pengumuman yang dilakukan pihak developer dan publisher NieR Automata. 2B adalah sebuah android yang mempunyai banyak kegunaan di dalam combat. Walaupun sangat mahir dalam close combat menggunakan pedangnya, 2B juga seorang yang mahir dalam attack dari jarak jauh menggunakan pod-nya. Korang tak boleh nampak mata 2B sebab dia memakai combat visor.

Nier-Automata-2B-001
2B

Daripada nama-nama di atas, jelas la setiap unit YoRHA tidak mempunyai nama sebenar, kecuali nama unit atau nama panggilan seperti 2B, A2 dan 9S.

Jom layan screenshots baru ini!

NieR-Automata-001 NieR-Automata-002 NieRAutomata-3 NieRAutomata-4 NieR-Automata-005 NieR-Automata-006 NieR-Automata-007 NieR-Automata-008 NieR-Automata-009 NieR-Automata-010 NieR-Automata-011 NieR-Automata-012 NieR-Automata-013 NieR-Automata-014 NieR-Automata-015 NieR-Automata-016 NieR-Automata-017 NieR-Automata-018 NieR-Automata-019 NieR-Automata-020

NieR: Automata bakal release di platform PS4 pada satu tarikh yang belum lagi diumumkan.

What do you think?

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Suka Duka Beta: Battleborn – Gameplay Solid, Perlukan Lebih Content!

Rocket League: DLC Bola Keranjang Akan Tiba 26 April, Jom Tonton Trailer!