Kebiasaan pada setiap hari Rabu, komuniti Pokemon Go (PokeGo) akan bersiap sedia untuk raid selama sejam dari pukul 6 petang hingga 7 malam di seluruh dunia mengikut masa di zon masing-masing.

Tetapi di New Zealand, negara pertama yang kebiasaan mendapat merasa event pula tiba-tiba tidak mendapat telur menetaskan Pokemon Tier 5 untuk Legendary Raid Dinner Hour hari ini.

Untuk Legendary Raid hari ini (18 September 2019) Niantic telah memberi Mewtwo dalam Tier 5 dan kalau pemain bertuah mereka akan mendapat Shiny Mewtwo.

Ramai pemain New Zeland berasa tertipu untuk legendary lunch raid hour. Malaysia pula akan berlangsung lagi dalam masa 3 jam.

Dengan jerebu tebal kini, mungkin elok juga untuk duduk di dalam daripada berada di luar.

Selepas 30 minit Niantic mengumumkan mereka akan memberi penambahan masa lagi sejam kepada zon GMT +12 maka Legendary Raid Hour hari ini akan berlangsung dari pukul 6 sehingga 8 malam ini!

[KEMASKINI]:

10 minit selepas tweet ini telah dikeluarkan, Niantic mengatakan mereka akan menundakan event ini pada hari lain nanti setelah mengalami masalah teknikal.

Nampak gaya nya lepas kerja kita semua balik rumah ajalah ye. Jaga diri dan selamat raid shiny Mewtwo di masa akan datang, Trainers!

JomKomen!