Nexplay mengumumkan tajaan mereka kepada salah satu pasukan esports Arena of Valor dari Malaysia, TeamRida eSports.

TeamRida eSports merupakan sebuah pasukan berpangkalan di Malaysia yang diasaskan pada Mac 2018. Pasukan yang ini diketuai oleh Mohd Zulfadli Izazu itu kini mempunyai 70 ahli merentasi Malaysia, Singapura dan Filipina.

Nexplay ialah sebuah platform live streaming untuk peranti mobile yang beroperasi di Singapura dan Filipina.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, bersama-sama dengan penajaan ini, Nexplay mahu mengembara dan belajar tentang pasaran Malaysia dan mensasarkan untuk menjadi salah satu pendahulu aplikasi streaming di ketiga-tiga negara Malaysia, Singapura dan Filipina.

Tambah mereka lagi, Nexplay dan TeamRida sedang bekerja keras untuk menjadi salah satu pasukan terbaik dalam AOV Division.

Korang boleh lawati laman Facebook TeamRida di sini, dan Nexplay di sini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.