Belum lagi musim kedua The Witcher mulakan penggambaran, Netflix sudah mengumumkan satu lagi siri dalam dunia The Witcher.
Diberi judul The Witcher: Blood Origin, siri ini adalah prekuel, atau lebih tepat lagi, 1,200 tahun sebelum kejadian musim pertama The Witcher. Siri spin-off yang akan membawakan enam bahagian (episod) ini akan diterajui oleh Declan de Barra dan Lauren Schmidt Hissrich.
Tidak banyak dikongsikan pada ketika ini, selain hanya mendedahkan yang ia akan menceritakan tentang Witcher pertama yang muncul dalam dunia.
Jangan terkeliru pula dengan prekuel anime The Witcher yang telah diumumkan oleh Netflix sebelum ini. The Witcher: Nightmare of the Wolf (anime) menceritakan Vesemir, mentor kepada Geralt of Rivia, manakala The Witcher: Blood Origin (live-action) pula mengambil latar masa 1,200 tahun sebelum itu.
Mampukah sebuah siri live-action The Witcher tanpa kehadiran Geralt of Rivia menambah hati para penonton? Sama-sama kita nantikan.
Comments
Loading…