Menu
in ,

Netflix Umumkan Sedang Bikin Filem Live-Action Gundam Bersama Pengarah Kong: Skull Island

Netlifx semakin lama semakin rancak mengadaptasi francais-francais popular untuk dibawa masuk ke platform penstriman itu.

Terbaharu, Netflix dan Legendary telah mengumumkan yang mereka sedang mengadaptasi filem live-action berdasarkan francais Gundam, lapor Polygon.

Antara individu yang akan mengetuai adaptasi ini ialah pengarah Kong: Skull Island, Jordan Vogt-Roberts dan penulis komik Saga, Y: The Last Man, Brian K. Vaughan. Netflix menyatakan yang jalan cerita untuk filem ini masih lagi dirahsiakan.

Gundam merupakan sebuah jenama global, dicipta oleh Yoshiyuki Tomino yang telah diadaptasi ke pelbagai media seperti siri animasi, manga, game, permainan dan banyak lagi.

Buat masa ini Netflix belum mendedahkan sebarang butiran lanjut tentang filem adaptasi Gundam.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Leave a Reply

Exit mobile version