in ,

Netflix Umumkan Filem Anime ‘The Witcher: Nightmare of the Wolf’, Berkait Dengan Siri TV

Dah habis baca bukunya? Dah habiskan video game? Dah habiskan siri TV? Masih dahagakan francais The Witcher? Inilah berita yang kita semua nantikan.

Netflix telah mengumumkan filem anime dari dunia The Witcher, yang berkait dengan siri TV di platform streaming itu. Berjudul ‘The Witcher: Nightmare of the Wolf’, dua individu yang mengetuai projek filem anime ini juga adalah penerbit siri TV itu, iaitu Lauren Hissrich dan Beau DeMayo.

Mengenai animasinya pula, studio yang akan membangunkan filem anime ini ialah studio terkenal dari Korea, Studio Mir — yang mencipta The Legend of Korra dan Voltron: Legendary Defender.

Tiada butiran tambahan yang didedahkan selain hanya menyatakan deskripsinya sebagai “dunia The Witcher berkembang dalam filem anime ini yang mempersiap untuk menghadapi marabahaya baru di dalam Continent”.

Tarikh tayangan juga belum diumumkan buat masa ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Black Future '88: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Black Future ’88: Boleh Beli or Boleh Blah!?

13 Pelakon Terkenal Yang Pernah Terlibat Dalam Industri Video Game

Cyberpunk 2077 Dilaporkan Ditunda Kerana PS4 Dan Xbox One Tidak Cukup Berkuasa