in ,

Netflix Umum The Witcher Musim Ketiga, Filem Anime Kedua, Siri Kanak-Kanak

Netflix nampaknya tidak akan memperlahankan kandungan dunia The Witcher untuk platform penstriman itu.

Dalam acara TUDUM yang berlangsung malam tadi, Netflix telah mengumumkan musim ketiga untuk siri utama The Witcher yang dibintangi Henry Cavill — walaupun musim keduanya masih belum mula ditayangkan.

Musim kedua The Witcher hanya akan mula distrim di Netflix pada 17 Disember ini.

Kemudian, Netflix turut mengumumkan filem anime kedua untuk The Witcher. Seperti yang telah kami jangkakan sebelum ini, filem anime seterusnya tentunya dalam perancangan Netflix.

Walau bagaimanapun, Netflix belum mendedahkan apakah jalan ceritanya, dan siapakah protagonis utamanya. Adakah ianya sambungan kepada filem anime Nightmare of the Wolf yang dibintangi Vesemir semasa muda? Sama-sama kita nantikan.

Selain itu, Netflix juga mengumumkan satu lagi siri baharu untuk The Witcher. Berbeza dengan siri-siri sebelum ini yang hanya boleh ditonton oleh golongan dewasa, siri yang masih belum ada judul ini akan memfokuskan kepada kandungan mesra kanak-kanak yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Umum Game Adaptasi Dari Filem Kate, Hadir Ke Steam Bulan Depan

The Witcher Musim 2: Netflix Keluarkan 2 Video Pandang Pertama, 1 Trailer Terbaru