in , ,

Netflix Umum Game Adaptasi Dari Filem Kate, Hadir Ke Steam Bulan Depan

Penglibatan Netflix dalam industri gaming semakin menampakkan langkahnya apabila mengumumkan sebuah game yang akan hadir ke Steam.

Kate: Collateral Damage diumumkan, sebuah game bergenre seperti rogue, diadaptasi dari filem Kate yang baru sahaja ditayangkan di platform penstriman itu.

Dibangunkan oleh Ludic Studios, Kate: Collateral Damage akan hadir ke Steam pada 22 Oktober ini.

Korang boleh masukkannya ke dalam wishlist sekarang di Steam.

Bulan lalu, Netflix mula menawarkan kandungan gaming untuk pengguna Android di Poland, iaitu dua game mobile Stranger Things.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Video Gameplay Battlefield Mobile Mula Tertiris, Saksikannya Di Sini

Saksikan Gambar-Gambar Pertama Siri The Witcher Di Netflix, Memperlihatkan Geralt, Yennefer & Ciri

Netflix Umum The Witcher Musim Ketiga, Filem Anime Kedua, Siri Kanak-Kanak