in , , , , ,

Netflix Umum Anime Dragon Age: Absolution, Mula Tayang Disember, Saksikan Trailer Pertama

Netflix telah mengumumkan sebuah lagi siri anime yang diadaptasi daripada francais video game yang cukup popular.

Trailer pertama Dragon Age: Absolution telah dikongsikan. Siri anime yang membawakan enam episod ini akan mula tayang di platform Netflix pada Disember 2022.

Poster pertama juga diperlihatkan:

Siri anime ini akan menggunakan latar belakang Tevinter, iaitu antara empayar yang ada dalam universe Dragon Age. Netflix bekerjasama dengan Red Dog Culture House sebagai penerbit, serta berkolaborasi dengan studio pencipta Dragon Age itu sendiri, iaitu BioWare.

Buat masa ini, barisan pelakon suara belum didedahkan. Trailer yang dikongsikan juga tidak menampilkan sebarang lakonan suara.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Gambar Terbaharu Pedro Pascal, Bella Ramsey Dalam The Last of Us HBO, Pelakon Suara Game Turut Membintangi

Belajar Main Catur Macam Beth Harmon Dalam Game Terbaru Netflix, The Queen’s Gambit Chess