in , ,

Netflix Sahkan Penglibatan Dalam Pembangunan Game, Fokus Mobile Dulu, Tiada Kenaikan Harga Langganan

Setelah banyak laporan awal mengenainya muncul, Netflix akhirnya mengesahkan perancangan untuk berkembang ke dalam industri gaming.

Disahkan dalam laporan kewangan terbaharu, Netflix mengatakan projek yang masih dalam fasa awal ini akan terus dikembangkan usahanya berdasarkan apa yang pernah mereka lakukan sekitar televisyen interaktif (seperti Black Mirror Bandersnatch) dan game-game Stranger Things, lapor VGC.

Netflix turut menyatakan bahawa untuk permulaan, mereka akan memfokuskan kepada game-game untuk peranti mobile.

Apabila game-game ini dimasukkan ke dalam platform penstriman itu kelak, tiada kenaikan harga langganan akan dikenakan.

“Kami memandang gaming sebagai satu lagi kategori kandungan baharu untuk kami, seumpama perluasan ke dalam filem-filem asli, animasi dan TV tidak berskrip,’ ujar Netflix.

Selain pengesahan yang disebutkan di atas, tiada butiran lanjut yang dikongsikan. Bagaimana sebenarnya konsep yang akan ditawarkan atau jenis game yang sedang dibangunkan masih menjadi teka-teki.

Baru-baru ini, terdapat khabar angin yang mengatakan Netflix akan menjalin kerjasama bersama Sony PlayStation selepas seseorang menemui logo Ghost of Tsushima dan controller PS5, DualSense dalam fail aplikasi iOS.

Ada juga laporan sebelum ini yang mengatakan Netflix akan memperkenalkan satu jenis langganan yang mengumpulkan barisan game untuk diakses, sama seperti Apple Arcade dan Xbox Game Pass.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ini Beberapa Game Online Popular Yang Tak Boleh Dimainkan Di Steam Deck, Buat Masa Ini

PS5 Digital Edition Yang Lebih Ringan(?) Akan Mula Dijual Di Jepun Akhir Bulan Ini