Netflix telah mula menawarkan kandungan gaming dengan dua game mobile dari francais Stranger Things.
Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk para pengguna Android di Poland. Dua game tersebut ialah Stranger Things: 1984 dan Stranger Things 3.
Daripada perkongsian beberapa gambar, kita dapat lihat bahawa game-game ini bukanlah dimainkan secara streaming atau di dalam aplikasi Netflix sendiri. Sebaliknya, aplikasi itu hanya akan menyediakan pautan yang akan membuka laman game-game tersebut di Google Play.
Pemain kemudian boleh memuat-turun game tersebut dan mainkannya seperti game-game mobile lain.
Dalam tweet yang dikeluarkan, Netflix menyatakan yang pelancaran ini masih lagi dalam fasa-fasa awal, dan mereka akan menambahbaik dalam bulan-bulan mendatang.
Mereka turut menegaskan yang game-game yang ditawarkan ini tidak akan ada iklan, tiada sebarang pembelian dalam aplikasi dan seperti yang telah mereka dedahkan sebelum ini, ia termasuk dalam langganan Netflix sedia ada serta tiada caj tambahan.
Melihat model sebegini, tawaran kandungan Netflix kelihatan seakan sama dengan langganan Apple Arcade. Netflix mungkin akan menyediakan sebilangan game yang kemudiannya dimuat-turun dari Google Play atau App Store.
Cumanya kami tidak nampak bagaimana sekiranya Netflix ingin mengembangkan kandungan gaming mereka ini ke platform-platform gaming lain seperti konsol dan PC. Mungkin mereka akan fokus kepada mobile gaming terlebih dulu.
Comments
Loading…