in , ,

Netflix Kongsikan Aktiviti, Lokasi Balik Tabir Siri Prekuel, The Witcher: Blood Origin

Mungkin masih jauh lagi sebelum kita dapat melihat trailer pertama The Witcher: Blood Origin, walau bagaimanapun Netflix telah berkongsikan sedikit aktiviti dan lokasi di balik tabir pembikinannya.

Video ini diperlihatkan semasa acara TUDUM yang berlangsung malam tadi. Kita dapat lihat bagaimana teraju utama siri prekuel tersebut, Declan De Barra begitu teruja berkongsikan perkembangan terbaharu projek itu.

Antara pelakon yang sudah didedahkan membintangi siri ini ialah Michelle Yeoh sebagai Scian, Sophia Brown sebagai Éile, dan Laurence O’Fuarain sebagai Fjall.

Diberi judul The Witcher: Blood Origin, siri ini adalah prekuel, atau lebih tepat lagi, 1,200 tahun sebelum kejadian musim pertama The Witcher di Netflix.

Siri spin-off yang akan membawakan enam bahagian (episod) ini menceritakan penciptaan prototaip pertama Witcher, dan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada Conjunction of the Spheres, apabila dunia raksasa, manusia dan elve digabungkan menjadi satu.

Declan de Barra merupakan penerbit eksekutif dan ketua teraju dalam siri ini dan Lauren Schmidt Hissrich pula sebagai penerbit eksekutif. Malah, penulis novel asal, Andrzej Sapkowski turut terlibat, bertindak sebagai konsultan kreatif.

Buat masa ini, Netflix belum menyatakan sebarang tarikh jangkaan bilakah siri ini akan ditayangkan di platform tersebut.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Witcher Musim 2: Netflix Keluarkan 2 Video Pandang Pertama, 1 Trailer Terbaru

Siri Animasi League of Legends, Arcane Akan Ditayangkan Di Netflix Pada November, Saksikan Trailer Terbaru