in , ,

Netflix Keluarkan 2 Trailer Baharu Untuk Siri Live-Action Resident Evil

Netflix telah berkongsikan dua buah trailer baharu untuk siri adaptasi live-action Resident Evil.

Trailer pertama memperlihatkan New Racoon City pada waktu sekarang, namun dalam beberapa saat, ia telah dicepatkan kepada suasana pasca-apokalips di kota London pada tahun 2036.

Trailer kedua pula memfokuskan kepada Umbrella Corp yang sedang membangunkan sejenis “ubat” ajaib yang boleh menyembuhkan bermacam jenis penyakit manusia, namun di dalamnya tertanam sekali dengan T-virus.

Siri live-action ini merupakan siri baharu yang akan mula ditayangkan di Netflix pada 14 Julai ini.

Korang jangan terkeliru pula dengan siri animasi Resident Evil: Infinite Darkness yang sudahpun boleh ditonton di Netflix sekarang.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dead Space Remake Diumumkan Akan Dilancarkan Pada Januari 2023

Star Wars Jedi: Fallen Order: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Sekuel Fallen Order Dilaporkan Berjudul Star Wars Jedi: Survivor