Mark Hamill Sahkan Netflix Belum Hubungi Beliau Untuk Watak Vesemir, Tetap Masih Berminat

Sejak siri tv The Witcher menjadi fenomena global, ramai peminat telah meminta Netflix untuk mengambil Mark Hamill untuk melakonkan watak Vesemir.

Terbaru, satu laporan telah muncul yang mengatakan Netflix sudahpun menghubungi pihak Hamill bagi menyampaikan tawaran kepada pelakon yang cukup sinonim dengan watak Luke Skywalker itu bagi menghidupkan Vesemir dalam The Witcher.

Laporan ini datang daripada We Got This Covered, yang mana sebelum ini, sumber-sumber mereka pernah mengesahkan beberapa info tertiris sebelum ia diumumkan secara rasmi, seperti filem reboot Transformers dan sekuel kepada live-action Aladdin.

Ini bukanlah bermakna Hamill sudah disahkan akan membawakan watak itu. Netflix cuma dilaporkan sudah memberikan tawaran kepada pihak beliau, dan sekiranya laporan ini sahih, pada ketika ini mereka mungkin sedang berbincang tentang syarat dan terma perjanjian. Kemungkinan untuk Hamill menerima atau menolak tawaran itu adalah terbuka.

Vesemir disahkan akan muncul dalam musim kedua The Witcher, namun sehingga kini, Netflix masih belum mengumumkan siapakah yang bakal membawakan watak tersebut.

Bagi yang tidak tahu, Vesemir merupakan mentor kepada Geralt, atau seseorang yang Geralt anggap sebagai bapa kepadanya. Pasti menarik sekiranya kita dapat melihat Hamill dan Henry Cavill berganding bersama.

Apa-apa pun, seperti biasa, laporan ini masih dalam status ura-ura. Jangan terlalu berharap kalau masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak terbabit.

Kesemua lapan episod musim pertama The Witcher boleh distrim sekarang di Netflix.

JomKomen!