Melihat kepada kejayaan The Witcher dan Castlevania, Netflix dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk mengadaptasi satu lagi francais video game yang cukup popular.
The Elder Scrolls dilaporkan sedang diadaptasi kepada siri televisyen oleh Netflix. Laporan ini muncul dari mulut orang dalam industri, Daniel Ritchtman, lapor GameRant.
Walaupun itu sahaja butiran yang diketahui setakat ini, ramai merasakan yang khabar angin mungkin ada asasnya. Hal ini kerana satu lagi francais tersohor Bethesda, Fallout sudah pun diadaptasi oleh penerbit siri tv Westworld, Lisa Joy dan Jonathan Nolan, dan bakal ditayangkan di Amazon Prime Video.
Namun, seperti biasa, disebabkan tiada kata rasmi daripada Bethesda mahupun Netflix, anggap sajalah berita ini masih dalam status khabar angin. Apa-apa boleh berlaku selagi belum ada pengumuman rasmi.
Sekiranya laporan ini adalah sahih, apakah yang korang ingin saksikan dalam siri tv The Elder Scrolls ini?
Comments
Loading…