in , ,

Netflix Dapat Hak Tayang Filem-Filem Sony Pictures Selepas Keluar Wayang, Bermula Dengan Uncharted

Netflix dan Sony Pictures telah mengumumkan perjanjian panjang yang bakal berlanjutan selama beberapa tahun akan datang.

Perjanjian ini akan menyaksikan Netflix akan diberikan hak terlebih dulu untuk menayangkan filem-filem Sony Pictures selepas filem-filem tersebut ditayangkan di pawagam, bermula dengan barisan filem yang bakal dikeluarkan pada tahun 2022.

Barisan filem 2022 tersebut termasuklah filem Uncharted, filem adaptasi dari video game yang dibangunkan Naughty Dog, yang buat masa ini dijadualkan keluar pada Februari 2022. Selain itu, filem-filem yang tersenarai dalam tahun 2022 itu ialah Morbius, Where the Crawdads Sing, dan Bullet Train.

Kemudian, ia akan diikuti oleh filem-filem pada tahun-tahun akan datang, antaranya sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse, Venom, Spider-Man, Jumaji, Bad Boys dan lain-lain.

Malah, Netflix memperoleh hak untuk memilih mana-mana filem Sony Pictures sebelum ini untuk dimasukkan ke dalam platform streaming itu.

Walaupun tidak menyatakannya dalam kenyataan ini, kemungkinan besar filem Ghost of Tsushima yang baru-baru ini diumumkan turut akan ditayangkan di Netflix selepas ia keluar di pawagam.

Walau bagaimanapun, tentunya drama bersiri The Last of Us tidak akan ditayangkan di Netflix kerana ia merupakan projek kerjasama antara Sony Pictures dengan HBO.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Abandoned Diumumkan, Game Seram First-Person, Eksklusif PS5, Saksikan Teaser Pertama

Hideo Kojima, Microsoft Dilaporkan Sedang Berbincang Untuk Terbitkan Game Bawah Xbox