in ,

Netflix Dan Ubisoft Umum Kerjasama Untuk Bikin Siri Live-Action, Anime Assassin’s Creed

Syarikat streaming gergasi, Netflix dan syarikat penerbitan game terkemuka, Ubisoft telah mengumumkan kerjasama untuk membikin pelbagai kandungan Assassin’s Creed.

Menurut Deadline, Netflix dan Ubisoft telah mencapai kata sepakat untuk membangunkan siri live-action, animasi dan anime adapatasi daripada francais video game yang cukup popular di seluruh dunia itu.

Untuk kandungan pertama, siri live-action epik Assassin’s Creed kini dalam pembangunan. Siri ini akan mendapat sentuhan Jason Altman dan Danielle Kreinik dari Ubisoft Film & Television sebagai penerbit eksekutif. Mereka kini sedang mencari seseorang untuk menggerakan siri ini (showrunner).

Pada ketika ini, Ubisoft Film & Television mempunyai banyak projek yang berada di tahap produski yang berbeza, antaranya termasuklah filem Tom Clancy’s The Division (Netflix), Rabbids (Lionsgate), Just Dance (Screen Gems), dan Beyond Good & Evil (Netflix).

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Cyberpunk 2077 Keluarkan 3 Video Trailer Baru, Saksikan Lebih Aksi Karakter Keanu Reeves

Cyberpunk 2077 Ditunda Sekali Lagi, Kini Akan Dilancarkan Pada Disember

PlayStation App Di Mobile Kini Boleh Berbual Voice Chat Dengan Rakan Di PS4/PS5