in , ,

Netflix Dan Riot Games Umumkan Musim 2 Arcane Kini Dalam Pembikinan

Setelah mendapat pujian ramai dari penonton seluruh dunia, berita ini tentunya sudah dijangka dan tidak dapat dielakkan lagi.

Netflix dan Riot Games telah mengesahkan bahawa siri animasi pertama berdasarkan League of Legends, Arcane akan mendapat musim kedua dan kini sudah berada dalam pembikinan.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan, Riot menyatakan bintang-bintang pelakon suara akan kembali dalam musim kedua ini seperti Hailee Steinfeld (Vi), Ella Purnell (Jinx), dan Katie Leung (Caitlyn Kiramman).

Saksikan teaser trailer untuk pengumuman ini di bawah:

Kesemua 9 episod musim pertama Arcane kini boleh ditonton di Netflix.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Tarikh Pelancaran Sifu Diawalkan 2 Minggu, Saksikan 2 Video Gameplay Baharu

Battlefield 2042 Kini Antara Game Paling Banyak Terima Reviu Negatif Di Steam