Netflix merupakan platform streaming paling popular di dunia. Tapi, apa yang korang tak tahu ialah, ia tidak mengganggap HBO sebagai pesaing utamanya, tetapi Fortnite.

Dalam laporan suku tahunan yang dikeluarkan, Netflix mengatakan yang mereka bersaing waktu tayang (screen time) dengan Fortnite lebih besar berbanding dengan HBO.

Netflix membincangkan penembusan mereka terhadap waktu tayang keseluruhan, yang mana ia termasuk TV dan peranti mobile yang digunakan untuk tontonan televisyen dan filem, video game, dan banyak lagi. Netflix berkata, “kami memperoleh waktu tayang pengguna, kedua-dua di mobile dan televisyen, jauh daripada beberapa pesaing. Kami bersaing dengan (dan kalah kepada) Fortnite lebih daripada HBO.”

Walaupun perbandingan ini agak aneh, memandangkan Netflix dari segi kandungan lebih setaraf dengan HBO, komen ini adalah mengenai keseluruhan waku tayang pengguna. Jadi, apa saja yang ada di TV dan peranti mobile, termasuklah video game, dilihat sebagai persaingan dalam arena ini. Dengan Fortnite yang menjadi game paling popular di atas muka bumi sekarang, ia sememangnya memenuhi dalam persaingan waktu tayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.