Setelah bermacam laporan awal serta akaun rasmi Netflix Portugal yang mengumumkannya secara tak sengaja terlalu awal, akhirnya projek ini diumumkan secara rasmi.
Diumumkan semasa siaran langsung Tokyo Game Show 2020, Capcom dan Netflix telah mengumumkan Resident Evil: Infinite Darkness, sebuah siri animasi berepisod berdasarkan francais video game terkemuka Resident Evil.
Trailer pertama telah diperlihatkan, yang mana para peminat tegar francais ini sudah tentunya mengenali watak ikonik yang bakal membintangi siri ini — iaitu Leon S Kennedy dan Claire Redfield.
Resident Evil: Infinite Darkness akan mula ditayangkan di Netflix pada tahun 2021.
Comments
Loading…