Siapa la Netflix akan pilih untuk lakonkan watak Dante? Lucia? Nero? Vergil?
Adi Shankar sedang mengerjakan pembikinan siri baru bagi Netflix dan ianya akan berkisar dunia Devil May Cry!
Adi Shankar mula terkenal sejak menghasilkan siri animasi Castlevania yang popular di Netflix, laman hiburan streaming online itu. Sehingga kini Castlevania yang diinspirasikan daripada francais video game itu begitu popular sehingga Netflix telah memanjangkan siri tersebut ke musim ketiga!
Masih tiada berita tentang apa yang akan Adi Shankar bawakan ke francais Devil May Cry ini nanti. Bagaimanapun di dalam satu temuramah, Adi Shankar berkata siri terbaru Devil May Cry tersebut akan bertembung dengan dunia Castlevanianya! Beliau menamakan crossover ini sebagai ‘bootleg multiverse’!
Comments
Loading…