E3 merupakan persidangan yang memfokuskan kepada apa sahaja yang berkaitan dengan industri video game. Dan terbaru, satu syarikat ini yang pada asalnya tiada kena mengena dengan video game bakal membuat penampilan di acara ini.

Pihak E3 telah mengumumkan bahawa Netflix akan mempunyai slot panel mereka tersendiri semasa E3 2019 nanti. Pihak Netflix akan hadir bagi membincangkan usaha mereka membangunkan Netflix Originals kepada video game. Walau bagaimanapun, mereka tidak mendedahkan lebih lanjut apakah yang akan dibincangkan.

Dalam satu tweet acah, Netflix menyatakan yang selain adaptasi Stranger Things musim ketiga ke video game, ia akan membawakan lebih banyak daripada itu. Jadi, sama-samalah kita nantikan apakah yang bakal diumumkan Netflix pada panel ini nanti.

JomBaca: Stranger Things 3: The Game Akan Dilancarkan Serentak Bersama Musim Ke-3 Siri Itu

E3 2019 akan berlangsung pada 11 hingga 13 Jun ini di Los Angeles, Amerika Syarikat.

JomKomen!