in , , , ,

NetEase Umumkan Project M, Game Mobile Shooter Yang Sangat Serupa Dengan Valorant

Kita kembali lagi dalam episod: “Game mobile tiru game AAA apa hari ini?”

NetEase, salah satu syarikat gaming terbesar dari China, telah mengumumkan sebuah game mobile shooter kompetitif 5-lawan-5, berjudul Project M, yang kelihatan tersangatlah klon kepada game shooter yang dibangunkan Riot Games, Valorant.

Dalam trailer pertama yang dikeluarkan, mereka mengajak para pemain mencuba sesi beta Project M. Percubaan itu akan berlangsung dari 4 hingga 6 Ogos ini, hanya untuk pengguna Android.

Korang boleh saksikan trailer itu di bawah, yang mana map, rekaan karakter, mode, UI, malah kesan bunyinya juga amatlah sama dengan Valorant.

Buat masa ini, ia hanya boleh dicuba oleh sesetengah peranti Android. Sekiranya cari Project M di Google Play, dan menemuinya, maka peranti Android korang menyokongnya, tetapi kalau sebaliknya, maka peranti korang belum lagi tersedia untuk mencuba game ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ghost of Tsushima Umumkan "Legends" - Mode Co-Op Sehingga 4 Pemain

Ghost of Tsushima: Legends Akan Dilancarkan Secara Berasingan Tanpa Story Pada September, Berharga RM89

EA Sahkan ‘Akan Terus Melabur’ Dalam Siri Star Wars Jedi: Fallen Order