Benda boleh haramkan, buat apa bawak bincang?

PlayerUnknown’s BattleGrounds (PUBG) telah diharamkan di Nepal menurut laporan Kathmandu Post.

Tindakan ini diambil selepas Bahagian Jenayah Metropolitan Nepal memfailkan tuntutan di Mahkamah Daerah Kathmandu. Kemudiannya, Pihak Berkuasa Telekomunikasi Nepal telah memanggil kesemua ISP dan pembekal perkhidmatan mobile untuk menyekat akses ke game tersebut!

“Kami menerima sejumlah aduan daripada ibu bapa, sekolah dan persatuan sekolah berkenaan kesan game tersebut terhadap kanak-kanak,” ujar Dhiraj Pratap Singh, ketua Bahagian Jenayah Metropolitan Nepal kepada Kathmandu Post. “Kami juga telah berbincang dengan beberpa pakar psikiatri sebelum memfailkan tuntutan dan meminta kebenaran Mahkamah Daerah Kathmandu seelum mengharamkan game tersebut.”

Singh berkata, tindakan tersebut diambil atas nasihat pakar-pakar psikiatri. “Ibu bapa dan sekolah mengadu bahawa prestasi pelajaran anak mereka semakin merosot, dan mereka semakin berkelakuan ganas. Pakar-pakar psikiatri berkata keganasan di dalam video game boleh menjadikan manusia ganas di dunia sebenar.”

Ini menjadikan Nepal negara ketiga terlibat dalam mengharamkan akses ke video game battle-royale tersebut selepas China dan beberapa bahagian di India. Dalam kes Nepal, ianya dilihat lebih mengancam sehingga sesiapa yang didapati bermain PUBG, boleh ditangkap!

Wow, memang keras Nepal bagi. Korang rasa macam mana?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.