in , ,

Neo Cab: Jadi Pemandu Uber/Grab Di Dunia Masa Depan Penuh Misteri!

Jarang tengok game yang menjadikan kerjaya sebagai pemandu Uber/Grab sebagai jalan cerita sebuah video game.

Dalam Neo Cab, korang akan memainkan watak sebagai Lina, seorang pemandu Neo Cab (sama seperti perkhidmatan ride sharing Uber/Grab masakini) di dunia dystopia masa hadapan. Setiap penumpang yang dikutip akan mempengaruhi mood, emosi dan jiwa Lina serta merungkai jalan cerita game ini.

Neo Cab dilihat sebagai game ridesharing simulator yang dipakejkan sebagai sebuah cerita misteri. Neo Cab memerlukan korang menyeimbangkan emosi sebagai pemandu Neo Cab sambil menyelesaikan misteri yang melibatkan kawan korang yang hilang.

Lagi misteri apabila kawan Lina itu muncul di poster-poster dan dikehendaki pihak berkuasa/sebuah syarikat korporat yang memiliki bandar yang dilalui Lina.

Neo Cab akan dilancarkan pada 5 Februari 2019 di platform Steam dan itch.io.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Satisfactory: Game Simulator Melombong, Mengilang & Membangunkan Planet Dari Developer Goat Simulator!

Mavericks: Proving Grounds – Game Shooter Battle Royale Sehingga 1000 Orang!