in , ,

Neil Druckmann Juga Antara Pengarah Episod Dalam Siri TV The Last of Us Terbitan HBO

Presiden-bersama Naughty Dog, Neil Druckmann nampaknya bukan sahaja memegang tugas sebagai penulis-bersama dan penerbit eksekutif, bahkan beliau juga merupakan antara pengarah episod untuk siri televisyen The Last of Us.

Perkara ini didedahkan dalam senarai produksi Director’s Guild of Canada yang dikemaskini, menyenaraikan Duckmann sebagai salah seorang daripada lima orang pengarah, lapor Collider.

Empat pengarah lain yang turut tersenarai ialah Craig Mazin (teraju utama, penulis-bersama), Kantemir Balagov (pengarah episod pertama), Peter Hoar dan Jasmila Žbanić.

Disebabkan siri ini mempunyai 10 episod, tentunya ada beberapa pengarah yang bakal mengarah lebih daripada satu episod. Walau bagaimanapun, dokumen tersebut tidak mendedahkan berapakah bilangan episod yang diarahkan oleh setiap pengarah yang tersenarai itu.

Kepada para peminat sebelum ini yang risau siri TV ini tidak akan mencapai ke satu tahap sama seperti game pertama The Last of Us, mungkin tidak perlu gusar lagi. Hal ini kerana individu penting di sebalik kejayaan game pertama yang dilancarkan pada 2013 itu, menggalas tiga tugas penting dalam adaptasi video game ini.

Watak Dalam The Last of Us Di HBO Didedahkan - Ellie, Riley, Tess, Dan Satu Watak Misteri

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah ketahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013, serta mempunyai 10 episod.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; Nico Parker sebagai Sarah; dan Anna Torv sebagai Tess.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Gambar pertama dari set penggambaran sudah dikongsikan, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri televisyen Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kena: Bridge of Spirits: Ini Mungkin Trailer Photo Mode Paling Comel Pernah Dikeluarkan

Gran Turismo 7 Umum Edisi Ulang Tahun Ke-25, Ganjaran Pra-Tempah Didedahkan