in ,

Neil Druckmann Dilantik Persiden-Bersama Naughty Dog, Akan Tetap Menulis Dan Mengarah

Neil Druckmann, insan penting di sebalik dua francais tersohor — Uncharted dan The Last of Us — kini telah dinaikkan pangkat menjadi Presiden-Bersama Naughty Dog.

Berita ini diumumkan oleh Presiden Naughty Dog, Evan Wells dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Druckmann telah menjalankan tugas sebagai Naib Presiden selama tiga tahun.

Selain itu, berita ini turut mengumumkan Alison Mori dan Christian Gyrling sebagai dua Naib Presiden baharu menggantikan Druckmann, yang mana masing-masing sebelum ini memegang jawatan Pengarah Operasi dan Pengarah-Bersama Pengaturcaraan.

Dalam tweet bagi meraikan pelantikan baharu beliau, Druckmann mendedahkan bahawa walaupun kini memegang jawatan tertinggi dalam studio itu, beliau akan tetap melakukan kerja-kerja pengarahan dan penulisan skrip, dalam masa sama menjadi mentor kepada gelombang baharu pencipta-pencipta akan datang.

Di samping kerja-kerja di Naughty Dog ini, Druckmann juga kini sedang menulis bersama Craig Mazin untuk siri televisyen The Last of Us yang sedang diterbitkan oleh HBO, yang mana ia kini telah mendapat lampu hijau untuk meneruskan produksi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

6 Bulan Selepas Pelancaran, The Last of Us 2 Keluarkan Trailer Penuh Spoiler Memfokuskan Abby

PS4 Dilaporkan Akan Menamatkan Sokongan Terhadap Facebook Tidak Lama Lagi

Facebook Dilaporkan Secara Senyap Telah Memadamkan Video Yang Dimuat-Naik Dari PS4