in ,

Need to Know: Jadi Spy Kerajaan Dan Selongkar Rahsia Rakyat!

Need to Know mengambil pendekatan yang unik dalam game. Ia memberikan pemain kuasa untuk mengorek info peribadi rakyat dan gunakan ia bagi tujuan kebaikan atau sebaliknya!

need-to-know-01Dari trailer, dapat dilihat bahawa Need to Know telah mengambil inspirasi daripada badan perisikan Amerika iaitu NSA (National Security Agency). Bagi mereka yang berminat game berkonsepkan simulation puzzle sebegini, boleh bantu Monomyth Games dalam menjayakan kempen Kickstarter mereka pada harga AUD 16.00 iaitu sekitar RM 50.00.

Buat masa ini, Monomyth Games telah pun berjaya melepasi target mereka iaitu pada AUD 29,000 dan telah mencapai jumlah sebanyak AUD 41,000!

need-to-know-02Studio ini merancang yang mereka bakal dapat menyiapkan sebahagian daripada game ini untuk dicuba oleh backers. Buat masa ini, tarikh akhir untuk game ini dipasarkan masih belum diumumkan.

Apa yang menarik, Edward Snowden yang pernah memecah rahsia NSA turut memuji game ini!

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Siri Super Robot Wars OG Datang Dalam Bahasa Inggeris Buat Kali Pertama!

Bila Abah Review PS+: Nova-111