Semalam, EA dan Ghost Games telah mendedahkan Need for Speed Heat buat kali pertama. Walaupun telah menyatakan yang lebih banyak info lanjut akan dikongsikan semasa Gamescom kelak, para peminat tetap tidak sabar untuk mengetahui beberapa maklumat panas.

Di subreddit Need for Speed Heat, pengurus komuniti EA, Ben Walke (F8RGE) telah menjawab beberapa soalan yang sentiasa menjadi topik hangat. Beliau telah mengesahkan yang loot box, pemberian item secara rawak, takkan ada dalam game ini.

Kemudian peminat cuba mengesahkan lagi apakah “Surprise Mechanics” juga takkan ada, terma yang digunakan oleh EA untuk ‘menghalalkan’ loot box sebelum ini. Walke tetap menyatakan yang ‘Surprise Mechanics’ takkan diperkenalkan.

Selain itu, beliau turut mengatakan yang selepas pelancaran, akan ada kandungan tambahan (DLC) berbayar yang memberikan pemain pek kereta, serta pek-pek lain.

Need for Speed Heat akan dilancarkan pada 8 November untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Sumber: MP1ST

JomKomen!