Setelah disahkan oleh EA sendiri tentang keluaran Need for Speed pada tahun ini, mereka akhirnya telah mendedahkan judul dan trailer pertama.

Need for Speed Heat telah diumumkan, yang mana game perlumbaan kereta jalanan ini akan dilancarkan pada 8 November untuk PC, PS4 dan Xbox One. Jom saksikan trailer pertamanya:

Seperti kembali kepada akarnya, Need for Speed Heat akan menampilkan gameplay open-world serta kejar-mengejar antara polis dan penjenayah. Ia akan menggunakan latar belakang sebuah bandar fiksyen yang diberi nama Palm City, yang mana ia kelihatan mirip bandar Miami, Amerika Syarikat.

Antara feature yang telah didedahkan setakat ini ialah, game ini nanti akan mengetengahkan perlumbaan halal pada waktu siang serta perlumbaan haram pada waktu malam. Setiap perlumbaan itu akan memberikan pemain pelbagai ganjaran seperti stats dan upgrades.

Perlumbaan waktu siang digelar Speedhunters Showdown, yang mana pemain akan mendapat Bank untuk membeli kenderaan-kenderaan dan upgrades baru untuk mengubahsuai kereta. Perlumbaan haram pada waktu malam akan merencahkan lebih debaran, memandangkan pihak polis akan melakukan rondaan untuk menghapuskan kegiataan haram tersebut. Ganjaran berlumba pada waktu malam ialah pemain akan mengumpulkan Rep di dalam bandar itu.

Ghost Games mengesahkan yang pemain akan diberikan pilihan untuk mengubahsuai kereta dengan lebih banyk jika dibandingkan dengan game-game NFS sebelum ini. Mereka turut menyatakan yang lebih banyak feature akan didedahkan semasa acara Gamescom pada 19 Ogos kelak.

Daripada trailer yang dikeluarkan, berikut ialah kereta yang dapat dilihat (terima kasih, GTPlanet.net):

  • Acura RSX S
  • BMW M2
  • BMW i8
  • BMW M4 (F82)
  • BMW M3 (E92)
  • BMW M3 (E46)
  • BMW M3 Evolution II (E30)
  • Buick GNX
  • Chevrolet Camaro Z/28
  • Chevrolet Corvette Grand Sport C7
  • Ferrari 488 GTB
  • Ford Crown Victoria
  • Ford Mustang GT
  • Infiniti Q60 S
  • Lamborghini Countach 25th Anniversary Edition
  • Lamborghini Diablo SV
  • Mazda RX-7 Spirit R
  • Mercedes-Benz C63 S AMG
  • Mitsubishi Lancer Evolution X
  • Nissan GT-R Premium
  • Nissan Skyline GT-R V-Spec (R34)
  • Polestar 1 2020
  • Porsche 911 Carrera GTS (991.2)
  • Porsche 911 Carrera S (993)
  • SRT Viper GTS
  • Volkswagen Golf GTi (mkI)
  • Volkswagen Golf GTI (mkVII)

JomKomen!