Naughty Dog telah mengumumkan apakah perancangan mereka untuk The Last of Us Day — perayaan tahunan untuk francais The Last of Us, dahulunya dikenali sebagai Outbreak Day — dan bermacam barangan dan kandungan baharu diumumkan.
Pengumuman yang paling menarik perhatian tentunya ialah pengumuman bahawa Naughty Dog kini sedang bekerjasama dengan CMON untuk membangunkan board game untuk The Last of Us. Tiada butiran lanjut selain hanya mengumumkan yang ia sedang dalam pembikinin.
CMON merupakan pencipta board game terkenal yang pernah membawakan Bloodborne: The Board Game dan God of War: The Card Game.
Kemudian, mereka turut memberikan PS4 Theme percuma yang berlatarbelakangkan sebuah pantai. Kepada yang sudah menghabiskan The Last of Us Part II, tahulah dia pantai manakah itu.
Selain itu, Naughty Dog turut mengumumkan vinyl baharu yang membariskan runut bunyi dari The Last of Us Part II serta figurin Ellie (juga dari sekuelnya) bersaiz 16 inci. Semua pengumuman ini boleh korang baca lebih lanjut di pautan ini.
Comments
Loading…