in , ,

Naughty Dog Terbuka Untuk Bangunkan Game Bukan Third-Person Pada Masa Akan Datang

Bukan third-person?

Semasa menjadi panel di D.I.C.E. Summit di Las Vegas, pengarah kreatif The Last of Us Part II, Neil Druckmann telah berkongsi serba sedikit tentang studio Naughty Dog yang sentiasa terbuka terhadap sebarang kemungkinan untuk game mereka seterusnya.

Druckmann menyatakan yang genre kegemarannya adalah third-person memandangkan pemain boleh nampak karakter tersebut dengan lebih jelas, namun beliau turut merasakan yang naratif sesebuah cerita dapat disampaikan dengan lebih baik sekiranya berada dalam pandangan first-person.

Apabila memulakan kerja-kerja untuk membangunkan The Last of Us, Druckmann mendedahkan yang pasukan mereka pernah berfikir-fikir sama ada ingin membawakan pandangan first-person atau third-person. Mereka turut berdebat sama ada untuk mencipta game multiplayer atau single-player.

Apabila semuanya dicantumkan, mereka memutuskan untuk mencipta sebuah game third-person, tapi dengan pandangan kamera yang lebih dekat bagi memberikan pengalaman yang lebih intim. Ini membawakan lebih feel seperti first-person, namun masih membenarkan pemain untuk melihat karakter itu di skrin.

Kemudian, Druckmann mengatakan lagi yang Naughty Dog sentiasa terbuka untuk game mereka akan datang, dan ia tidak semestinya game yang mempunyai pandangan third-person.

Game akan datang yang sangat dinanti-nantikan para peminat sekarang pastinya adalah The Last of Us Part II. Ia akan dilancarkan di PS4 secara eksklusif, tapi tarikh keluarannya masih belum didedahkan.

Sumber: DualShockers

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Map Ketiga Dalam PUBG Akan Hadir Sebelum Bulan Julai Ini

Battlefield Baru Dan Anthem Akan Boleh Dimainkan Di EA Play Pada Jun Nanti