in ,

Naughty Dog Sahkan Sedang Bangunkan Game Multiplayer Pertama, Bawakan ‘Pengalaman Sinematik’

The Last of Us™ Part II_20200607145204

Setelah sekian lama khabar angin berlegar, Naughty Dog akhirnya mengesahkan yang mereka sedang membangunkan sebuah game yang memfokuskan kepada multiplayer.

Perkara ini disahkan oleh akaun Twitter Naughty Dog Jobs yang mengiklankan jawatan-jawatan kosong yang mereka sedang cari.

“Naughty Dog sedang mengambil pekerja merentasi pelbagai disiplin untuk game multiplayer kendiri pertama studio ini,” kata tweet itu sambil menyenaraikan semua jawatan kosong — semuanya berkaitan pembikinan game multiplayer.

Menariknya, poster jawatan kosong itu disisipkan sekali dengan gambar Ellie dari The Last of Us Part II. Sama ada ianya hanyalah gambar hiasan atau sememangnya game multiplayer itu kelak adalah dari universe The Last of Us, tidak dapat dipastikan.

Pengarah-bersama Naughty Dog, Vinit Agarwal pula telah memetik tweet itu dengan mendedahkan yang mereka sedang mengambil pekerja baharu ‘secara agresif’ dan game itu nanti merupakan ‘pengalaman sinematik antara para pemain’.

Walau bagaimanapun, sebuah game multiplayer dari universe The Last of Us tentunya sesuatu yang masuk akal. Ura-ura mengenainya sudah berlegar selama bertahun, dan baru-baru ini, penggalian data dalam fail The Last of Us Part II telah menemukan aset-aset yang menjurus ke arah battle royale.

Ini bukanlah kali pertama Naughty Dog membawakan pengalaman multiplayer. Beberapa siri Uncharted dan game pertama The Last of Us juga ada mode multiplayer. Namun apa yang membezakannya kali ini adalah game akan datang Naughty Dog ini adalah sebuah game multiplayer kendiri (standalone) yang pertama dari studio itu.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

UFL: Tiada Unsur ‘Pay-To-Win’, Fokus Untuk PlayStation, Xbox, Masih Mempertimbang Untuk PC

Game Penuh Dengan Budaya Malaysia, No Straight Roads Akan Dilancarkan Ke Steam Tahun Ini