Sebelum ini, JomGaming melaporkan bahawa skrip Uncharted ditulis secara bebas oleh Joe Carnahan iaitu penulis skrip bagi filem Uncharted dan beliau menulis aksi-aksi hebat dan skrip dalam rating R.

“Oh, crap!”

Selain itu, Joe Carnahan mengatakan beliau dapat sokongan penuh oleh Sony dan Naughty Dog bagi skrip filem Uncharted beliau. Namun, berita itu disangkal oleh pengarah dan juga penulis skrip bagi Uncharted 4: A Thief’s End, Neil Druckmann.

Menurut tweet Druckmann, Naughty Dog tidak tahu menahu tentang filem Uncharted. Tambahan pula, tiada seorang wakil dari Naughty Dog pun yang pernah membaca skrip filem Uncharted ataupun tahu tentang ton filem adaptasi ini apabila seorang peminat bertanyakan tentang rating R tidak sesuai dengan Uncharted iaitu pada asalnya ialah game yang mempunyai ton ceria.

Walau bagaimanapun, Joe Carnahan sudah berjumpa bersama pengarah dan penulis asal bagi tiga game awal Uncharted, Amy Hennig dan pelakon suara Nathan Drake, Nolan North untuk membantu proses menulis skrip filem Uncharted. Amy Hennig sebelum ini pernah terlibat dalam proses Uncharted 4 tetapi mengundurkan diri pada pertengahan pembangunan Uncharted 4 lalu Neil Druckmann bersama Bruce Straley menggantikan tempat Hennig untuk menjadi pengarah Uncharted 4.

Nolan North juga antara orang terpenting dalam pembangunan game Uncharted sejak dari Uncharted: Drake’s Fortune. North berseloroh tentang penglibatan beliau dalam skrip Uncharted hanyalah sedikit sahaja berbanding Amy Hennig dan Joe Carnahan.

Nampaknya pembikinan filem Uncharted ini kelihatan seperti mempunyai isunya yang tersendiri. Pengarah filemnya mengatakan ia mendapat sokongan daripada Naughty Dog tetapi pengarah kreatif Naughty Dog sendiri menafikannya. Macam pula itu ya?

Apa pendapat anda?

JomKomen!