in

Naughty Dog Mohon Maaf Kepada Ubisoft, Story Trailer Dikemaskini

Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Naughty Dog dan Ubisoft. 

uncharted

Malam tadi, tepat pukul 10 malam Naughty Dog telah mengeluarkan story trailer terbaru yang dimuat-naik di channel Youtube Playstation. Sebaik sahaja ia dimuat-naik, Internet telah bergoncang dengan satu isu yang sangat panas!

Salah seorang daripada developer Ubisoft, Aymar Azaizia adalah antara yang terawal berjaya mengenal pasti bahawa terdapat concept art Assassin’s Creed IV: Black Flag dalam video story trailer terbaru Uncharted 4: A Thief’s End.

uncharted

Persamaan yang dikatakan diambil daripada concept art tersebut kelihatan pada minit 1:36 video tersebut:

uncharted

Dan ini pula concept art Assassin’s Creed IV: Black Flag:

uncharted

Sejurus selepas itu, Naughty Dog dengan segera memohon maaf kepada pihak Ubisoft; dan seterusnya Playstation menukar babak tersebut dan memuat-naik video story trailer yang telah dikemaskini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Naughty Dog, mereka mengatakan bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang amat dikesali serta bukan niat mereka untuk sesuka hati menggunakan concept art tersebut.

Memetik kata-kata mereka:

In our eagerness to get the story trailer out we made a regrettable mistake and didn’t thoroughly vet the art work used for an in game painting. We’ve already updated the trailer. We hold all artistry in high regard and take full responsibility for having allowed this to happen.

We want to sincerely apologize to everyone at Ubisoft, the Assassin’s Creed team, the original artist, and our fans.

Babak tersebut telah ditukarkan kepada ini, sedikit berbeza daripada yang asal:

uncharted

Jadi, inilah video story trailer terbaru yang telah mereka kemaskini:

Sama ada Naughty Dog memasukkan concept art itu secara sengaja ataupun sebagai penghormatan kepada Assassin’s Creed IV: Black Flag, tindakan memohon maaf dengan pantas kepada pihak Ubisoft adalah sesuatu yang harus dipuji.

JomBaca: Naughty Dog Bakal Mematikan Nathan Drake Dalam Uncharted 4?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Hitman: Semua Pengguna PlayStation Plus Bakal Menerima Akses Beta

11 Games Yang Bakal Menggegar Mac 2016!