Dua tahun lalu, pada hari ini, kita semua telah dikejutkan dengan satu pengumuman game sekuel yang sangat dinantikan ramai, iaitu The Last of Us Part II — diletakkan sebagai penutup kepada PlayStation Experience (PSX) 2016.

Video trailer yang memaparkan Ellie, memetik gitar, sambil tangan, baju dan mukanya berlumuran dengan darah. Kemudian memaparkan pula kehadiran Joel yang bertemu dengan Ellie.

Bagi meraikan ulangtahun kedua pendedahan game ini kepada umum, Naughty Dog telah mengeluarkan satu video baru, mengingatkan kembali bagaimana terujanya para peminat PlayStation apabila menyaksikan trailer tersebut pada dua tahun lalu. Video ini memperlihatkan reaksi para peminat menonton trailer tersebut buat kali pertama, sama ada yang berada di dewan PSx 2016, mahupun yang berada di rumah.

Korang boleh tontonnya di bawah:

The Last of Us Part II masih lagi belum ada tarikh pelancarannya. Apa-apa pun, yang pasti, ia akan dilancarkan secara eksklusif di PS4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.