Sejak jalan cerita utama The Last of Us Part II tertiris, dan menerima banyak kecaman, Sony dan Naughty Dog telah mengambil beberapa langkah untuk menyekatnya seperti menutup ruangan komen di Youtube dan Instagram. Malah di Reddit juga berjaya dikawal dengan bantuan moderator.
Setelah platform-platform ini disekat, sesetengah peminat telah menjadikan akaun Twitter rasmi Naughty Dog sebagai ‘medan perang’ utama untuk menzahirkan kemarahan. Tapi situasi itu tidak lagi berlaku apabila pihak Twitter baru sahaja melancarkan satu fungsi terbaharu.
Fungsi ini membenarkan mana-mana akaun untuk memilih siapakah yang dibenarkan untuk membalas sesuatu tweet yang dinaikkan. Tiga kategori diberi pilihan iaitu Everyone (sesiapa sahaja boleh membalas), People You Follow (akaun yang diikuti), Only People You Mention (hanya yang di-mention dalam tweet itu).
Testing, testing…
A new way to have a convo with exactly who you want. We’re starting with a small % globally, so keep your 👀 out to see it in action. pic.twitter.com/pV53mvjAVT
— Twitter (@Twitter) May 20, 2020
Selepas pihak Twitter melancarkannya, Naughty Dog terus menggunakan fungsi ini untuk menyekat sebarang spoiler dan kecaman terhadap The Last of Us Part II. Ketika artikel ini ditulis, dua tweet terkini akaun pembangun itu telah menutup kebenaran untuk membalas tweet-tweet tersebut.
Pick up where we left off on June 19. #TheLastOfUsPartII pic.twitter.com/nFa26GPuw9
— Naughty Dog (@Naughty_Dog) May 21, 2020
#FanArtFriday: Joel and Ellie from #TheLastofUsPartII by Carlos Eduardo (aka Red_Artts).
Share your own creations here: https://t.co/rkNPoi2lDv pic.twitter.com/Ds66aomPU9
— Naughty Dog (@Naughty_Dog) May 22, 2020
The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 19 Jun ini, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…