Walaupun Uncharted 4: A Thief’s End telah menutup siri game tersebut dengan cukup indah, terdapat sebahagian peminat yang mahu siri itu diteruskan lagi.
Berita buruk kepada mereka, Naughty Dog nampaknya telah mengesahkan yang mereka sudah tidak mahu lagi menyambung apa-apa kisah daripada siri Uncharted dan mereka sudah “move on”.
Dalam satu temu ramah bersama Buzzfeed, presiden-bersama studio itu, Neil Druckmann telah bercakap mengenai sesebuah game itu tidak semestinya harus mendapat sekuel walaupun jika jualannya mendapat sambutan yang hangat.
Beliau berkata:
“Itu tidak semestinya. Bagi kami, Uncharted amatlah berjaya. Uncharted 4 merupakan antara game kami dengan jualan tertinggi, dan kami telah berjaya meletakkan penamat terhadap ceritanya dan cukuplah. Kami akan jalan terus.”
Kenyataan beliau ini tidaklah bermakna siri Uncharted tidak akan terus “diperah” oleh Sony. Sebaliknya beliau hanya mengesahkan yang Naughty Dog tidak lagi terlibat dalam francais tersebut.
Bulan lalu, terdapa khabar angin yang mengatakan siri Uncharted akan mendapat sebuah reboot, dan laporan itu mengatakan ia bukan dibangunkan oleh Naughty Dog.
Comments
Loading…