Adakah ini isyarat yang paling nyata daripada Creative Director Naughty Dog, Neil Druckmann bahawa Nathan Drake akan dimatikan dalam Uncharted 4?
Semua pasti sudah mengetahui bahawa Uncharted 4: A Thief’s End adalah siri terakhir dalam siri penuh pengembaraan dan misteri Uncharted ini. Namun, adakah akhiran ‘A Thief’s End’ itu menjadi klu paling awal bahawa riwayat watak utamanya bakal berkahir masih lagi menjadi perbahasan para peminat siri ini.
Dalam satu temu ramah bersama The Sun, Druckmann mungkin telah memberikan isyarat bahawa hero jejaka tampan kegilaan para gadis, Nathan Drake akan dimatikan dalam Uncharted 4 nanti. Memetik kata-kata beliau:
“He’s at the height of his popularity, so it’s not a good business decision. But I feel like the best way to honour him is to go out on top, to finish his story.
“Whether that’s it for Uncharted? I don’t know. At the end of the day Sony owns Uncharted and they can do whatever they want?”
“But with the end of this story, it will be really hard to do a sequel with Nathan Drake.”
Tudia! Ayat yang mengatakan “but with the end of this story, it will be really hard to do a sequel with Nathan Drake” mungkin sedikit sebanyak telah menggoncang jiwa dan raga kipas-susah-mati watak Nathan Drake. Pastinya ayat ini membuat para gadis di luar sana menjerit dengan penuh histeria!
Beliau juga menambah bahawa beliau tidak menolak kemungkinan bahawa akan terdapat siri prekuel atau sekual yang menggunakan watak yang lain – namun, yang pasti Uncharted 4 adalah penghabisan kepada kisah penuh liku Nathan Drake, sama ada wataknya dimatikan ataupun tidak.
Uncharted 4: A Thief’s End bakal dipasarkan secara eksklusif di Playstation 4 pada 26 April 2016.
JomBaca: Uncharted 4: Video Pembikinan Di Belakang Tabir!
Comments
Loading…