Psyonix sememangnya sentiasa bijak dalam membawakan kandungan-kandungan crossover yang bertepatan dalam Rocket League.
Akan datang dalam Season 3, Rocket League bakal membawakan kereta-kereta rekaan Nascar dan Formula 1.
Season 3 akan bermula pada 7 April ini. Walau bagaimanapun, Nascar hanya akan dilancarkan sekitar awal Mei, manakala Formula 1 pula akan dilancarkan pada pertengahan Mei. Kedua-dua kereta baharu ini akan ditampilkan dalam bundle mereka tersendiri.
Selain itu, mereka turut akan mengubah satu Arena lama, menjadi DFH Stadium (Circuit), ditambah dengan rekaan-rekaan seperti dalam trek perlumbaan Nascar dan Formula 1. Arena rekaan baharu ini akan boleh dimainkan dalam Casual, Competitive Playlists, Private Match dan Freeplay bermula Season 3.
Info lanjut tentang Season 3 seperti kehadiran Tyranno, Season 3 Rocket Pass dan lain-lain akan mereka kongsikan pada minggu hadapan.
Rocket League boleh dimainkan secara percuma untuk PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series dan Switch.
Comments
Loading…