in , , , ,

Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4: Boleh Beli Or Boleh Blah?

naruto-001

Bila sebut saja mengenai Naruto, seantero dunia sudah biasa dengan nama ini di dalam siri anime, manga dan juga game. Jadi siri terbaru Naruto iaitu Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 adakah berbaloi untuk dimiliki ataupun tidak? Jom follow review Boleh Beli Or Boleh Blah ini.

Masih Mengekalkan Elemen Dari Siri Sebelumnya.

Bagi mereka yang baru sahaja ingin berjinak di dalam game Naruto ini, Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 ini merupakan sekual yang ke-empat dari developer CyberConnect 2. Boleh dimainkan secara single-player dan juga multiplayer.

JomBaca: JomUnbox: Collector’s Edition Naruto Shippuden Ultimate Ninja Storm 4!

Seperti yang kita sedia maklum, game ini mengisahkan perjuangan Naruto bersama rakan-rakannya di dalam menyatukan dunia ninja di bawah satu panji di dalam usaha menentang musuh-musuh yang ingin menguasai dunia ninja dengan cara yang kejam. Selain itu juga Naruto bukan sahaja menyatukan dunia ninja tetapi di dalam misi mengembalikan rakan baiknya iaitu Sasuke ke pangkal jalan.

Gameplaynya masih sama seperti di dalam siri-siri Naruto Shippuden sebelumnya, tetapi adanya penambahan yang begitu ketara dan amat memuaskan hati penulis bila bermain game ini.Masih lagi mengekalkan elemen-elemen yang terdahulu, terdapat 4 jenis mode yang boleh dimainkan di dalam game Naruto ini iaitu – Story Mode, Adventure Mode, Free Battle dan juga Online Battle.

JomBaca:Naruto Ultimate Ninja Storm 4 Dah Ada DLC?

Dan yang mengagumkan ialah penambahan sistem fighting yang baru, ultimate jutsu yang baru dan lebih mantap, sistem penukaran player di mana korang boleh tukarkan main character korang dengan support character, dan juga secret combination jutsu yang dahsyat dan lain dari yang lain.

Story Mode.

naruto-002

Di dalam story mode ini, cerita bermula dengan sambungan dari siri sebelumnya iaitu Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 3. Permulaan yang menarik dan dahsyat iaitu pertarungan epic di antara Hokage Pertama dan juga Madara. Prolog yang begitu menarik dan mengujakan ini membuatkan penulis terus leka bermain game Naruto ini.

naruto-003

Korang bukan sahaja akan bermain sebagai Naruto, tetapi berbagai-bagai watak mengikut jalan cerita Naruto yang sebenar. Bukan itu sahaja, story mode ini mengikut 100% jalan cerita di dalam anime dan juga manga. Ini sedikit sebanyak membuatkan korang merasa seperti korang yang mengarang jalan cerita Naruto ini.

naruto-004

Sepanjang bermain story mode ini, korang akan berhadapan dengan musuh-musuh dan korang akan diberikan mini mission dimana sekiranya korang dapat menyelesaikan mission tersebut, item bonus akan diberikan dan ini boleh digunakan untuk meng’unlock’ bonus-bonus seperti kad character, subtitution jutsu, dan macam-macam lagi.

naruto-005

Selain daripada gameplay dan juga jalan cerita yang menarik, cutscenes yang panjang dan mengagumkan dimasukkan setiap kali mission korang diselesaikan, membuatkan korang akan lebih paham lagi cerita Naruto ini.

Adventure Mode.

naruto-007

Di dalam adventure mode pula, korang akan bermain Naruto ini secara role-playing game. Bertempat di Konoha dan sekelilingnya, korang akan mengembara dan membantu rakan-rakan Naruto dan juga penduduk di sekitar Konoha. Suasana ini selepas tamatnya perang besar dunia ninja selepas Naruto menewaskan ibu segala cakra iaitu Kaguya.

naruto-008

Sekiranya korang dapat menyelesaikan setiap misi, korang kan mendapat item ataupun Ryo – matawang yang digunakan di dalam game ini. Bermacam-macam mission yang disediakan dari menghantar bekal makanan kepada budak kecik sehingga la kepada mission besar seperti memburu penjahat-penjahat yang berlegar di Konoha.

naruto-009

Dan suka untuk penulis ingatkan bahawa, korang bolehlah memainkan adventure mode ini selepas korang menyelesaikan story mode korang. Ini bagi korang memahami betul-betul jalan cerita Naruto ini.

Grafik Dan Audio.

naruto-011

Secara jujurnya, penulis amatlah berpuas hati dengan grafik yang ditonjolkan di dalam Naruto Shippuden ini. Kemasan demi kemasan yang dilakukan oleh pihak developer benar-benar memukau mata penulis dengan penambahbaikan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan siri-siri sebelumnya.

Sewaktu korang berada di dalam fighting mode, efek-efek seperti daun-daun yang berterbangan ketika korang mengaktifkan cakra, debu-debu yang terhasil setelah korang menghasilkan jutsu dan juga efek ultimate jutsu benar-benar mempesonakan.

Jika kita beralih pula kepada audio, soundtrack di dalam game Naruto ini amat menguja dan menghiburkan. Adunan music moden dan klasik membuatkan soundtrack Naruto ini mengagumkan. Setiap soundtrack yang dimasukkan pada setiap scene dan juga fighting terasa seperti sebati dan benar-benar membawa kita ke zaman ninja kuno.

Kelemahan Dan Kekurangan.

Seperti game-game yang lain, pasti ada kelemahan dan juga kekurangan. Naruto Shippuden juga tidak lari dari masalah ini.

naruto-012

Walaupun terdapat banyak penambahan character baru, tetapi pengekalan watak-watak lama yang berulang-ulang benar-benar mengecewakan. Penulis tidak pasti niat developer mengulang-ulang semula watak-watak ini adakah sekadar menampakkan banyaknya watak untuk dimainkan.

Pengulangan watak-watak ini membosankan kerana bukan sahaja kita perlu bermain watak yang sama, tetapi tiada pembaharuan di dalam jutsu dan juga ultimate jutsu pada watak tersebut. Jadi apa guna mengulangkan sesuatu yang memang sedia ada.

Selain itu game ini membuatkan korang cepat bosan kerana tiada apa yang menarik di dalam missionnya selain korang berlawan dan berlawan. Masih terdapat kotak kosong untuk pemilihan watak, dan penulis di fahamkan watak-watak tersebut hanya dapat di unlock dengan cara membeli DLC pada masa akan datang, dan perkara ini benar-benar mengecewakan kerana sebelum ini DLC hanyalah untuk custom sahaja.

Ketiadaan tutorial juga amat menyukarkan bagi mereka yang baru sahaja hendak berjinak-jinak di dalam game Naruto Shippuden ini. Walaupun sekadar game fighting, namun begitu terdapat beberapa gerakan yang memerlukan tutorial bagi memudahkan mereka memahami konsep game ini.

Keputusan: BOLEH BELI or BOLEH BLAH!?

BOLEH BELI! – Sekiranya korang merupakan peminat untuk anime Naruto ini dan juga meminati game berkonsepkan fighting, maka Naruto Shippuden: Ultimate Ninja Storm 4 merupakan game yang perlu korang miliki.

Dan jika korang jenis yang boleh bertahan lama dengan sesuatu game yang mempunyai pengulangan yang sama maka penulis amat sarankan korang beli game ini, dan sekiranya korang adalah peminat Naruto, maka tiada masalah untuk korang memiliki game ini walaupun pada akhirnya korang perlu berlawan, berlawan dan terus berlawan.

BOLEH BLAH! – Bagi mereka yang mahukan game yang memiliki story mode yang panjang dan game fighting yang lebih mencabar, maka Naruto bukanlah pilihan yang sesuai untuk korang. Story mode yang pendek dan fighting mode yang mungkin sedikit berlainan dari game-game fighting yang lain mungkin akan membuatkan korang mudah berasa bosan.

Game ini juga bukanlah sejenis game yang mempunyai replay value yang tinggi dan mungkin akan membuatkan korang berasa bosan. Tentu tidak berbaloi untuk memiliki game ini dengan harga RM2++.

 Story Mode yang pendek.
 Pengulangan watak-watak yang sama.
 Replay value yang rendah.
 Terdapat watak-watak yang hanya boleh dimiliki dengan membeli DLC.
 Mission yang repetitive yang mungkin akan membosankan.

+ Grafik yang memukau.
+ Soundtrack yang menyegarkan dan mengujakan.
+ Penambahan watak-watak baru mengikut siri Anime.
+ Penambahan sistem fighting dan ultimate jutsu yang baru.
+ Gameplay yang mudah dan menyeronokkan.

ADIOS!!

Written by Hans Yusoff

Lebih dikenali dengan panggil Abah, beliau seorang peminat setia Dota 2, dan bercita-cita tinggi untuk mempunyai sebuah pasukan DotA satu hari nanti.

Juga meminati game bergenrekan FPS dan juga RPG. Jika tidak bermain game beliau adalah seorang Abah yang penyayang.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Digimon Story : Cyber Sleuth : Boleh Beli or Boleh Blah?

Megadimension Neptunia VII: Boleh Beli or Boleh Blah!?