Perkhabaran tentang kehadiran fungsi untuk menukar nama ID PlayStation Network (PSN) sudah lama kita dengar. Namun, sehingga kini kita masih belum mendapat jawapan yang kukuh bilakah penambahan ini akan dibawakan oleh Sony.
Terbaru, beberapa pembangun game telah memberitahu Kotaku bahawa fungsi ini bakal ditampilkan ke dalam PSN dalam masa terdekat. Hal ini kerana mereka kini sedang membuat persiapan untuk menerima penambahan fungsi ini.
Menurut Kotaku, tiga pembangun game dari 3 studio berbeza telah memberitahu tentang perkara ini, dan mereka tidak mahu identiti mereka terdedah kerana mereka belum dibenarkan untuk bercakap kepada media mengenainya buat masa sekarang. Mereka berkata yang sejak beberapa bulan yang lalu, mereka telah memperbetulkan bugs, menukar settings dan memastikan yang game mereka bersedia mengikut perancangan Sony ini.
Mereka tidak dapat memberitahu bilakah kemungkinan fungsi ini akan dikeluarkan kepada umum disebabkan bagaimana secara teknikalnya ID PSN ini berfungsi dari awal. Maka, untuk memperbaiki game-game multiplayer yang lama bagi menyesuaikan dengan fungsi baru ini mungkin akan mengambil masa yang agak lama.
Jadi, bagi korang yang ingin menukar ID korang seperti AdikCute atau SayaSayangExSaya yang korang pilih semasa 10 tahun dulu, bersabarlah ya. Fungsi ini akan tiba tidak lama lagi, namun membawakannya bukan sesuatu yang mudah.
Comments
Loading…