in , , , ,

Nama “Battlegrounds” Dalam Mode Battle Royale Baru Paladins Tiada Kena-Mengena Dengan PUBG

Dari PUBG ke PABG?

Semua pasti dah tahu tentang mode baru yang akan dibawakan ke dalam Paladins, genre battle royale yang digelar Paladins: Battlegrounds. Apabila kita dengar sahaja “Battlegrouds”, semestinya kita sudah mengagak bahawa ia mengambil daripada nama game PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali dengan PUBG – sebuah game yang menjadi fenomena global buat masa ini.

Walau bagaimanapun, bercakap kepada DualShockers, Presiden Hi-Rez Studio,Β Stew Chisam menyatakan yang penggunaan nama “Battlegrounds” dalam mode baru ini tidak ada kena-mengena dengan PUBG. Namun begitu, studio itu tetap telah menghubungi peguam mereka untuk memastikan bahawa mereka boleh menggunakan nama itu – dan mereka mendapat lampu hijau!

Menurut Chisam, terma “Battlegrounds” dalam mode terbaru Paladins ini adalah untuk memberi penghormatan kepada genre MMO. Memandangkan game ini adalah game berpasukan dan menggunakan pergerakan transportasi yang banyak, beliau percaya bahawa game ini lebih terasa dekat dengan medan perang (“battlegrounds”) yang mana ramai akan dapat lihat dalam sesebuah game MMO.

Paling penting, Chisam percaya bahawa terma “Battlegrounds” itu adalah terma yang umum – sesuatu yang seseorang tidak boleh lakukan tanda dagangan (trademark) – dan ia hanya digunakan untuk satu mode sahaja, bukan judul keseluruhan game itu sendiri.

Paladins: Battlegrounds akan dikeluarkan untuk PC, PS4 dan Xbox One pada tahun ini. Sesi beta dijangka akan tiba sebelum Mac ini.

JomBaca:Β Hi-Rez Studios Memaparkan Video Gameplay Paladins: Battlegrounds Selama Satu Jam Di HRX 2018

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kenapa Xbox One Bergelut Dengan Kekurangan Game IP Baru Dan Single-Player? Ini Penjelasan Penganalisis

HyperX Umumkan Barisan Perkakasan Gaming Terbaru – Headset Wayarles, Gaming Keyboard RGB, Gaming Mouse RGB, dan DDR4 RGB!