Akhirnya, punyalah lama Guardians menunggu bilalah Bungie akan mengumumkan barangan untuk event halloween Festival of The Lost (FOTL) yang akan berlangsung pada 29 Oktober hingga 19 November 2019 walaupun tarikh ini sudah lama diumumkan bulan lepas.

Pandai taktik Bungie untuk lancarkan mode Halloween pada hujung Oktober sedangkan kebanyakan game lain seperti Overwatch bermula awal hingga lewat Oktober supaya tak clash dengan event game lain. Jadi, sempatlah nak grind candy dan bright dust nak memiliki segala barangan kosmetik serta weapon dalam event FOTL kali ini. Yay, tak sabar nak collect candy dengan topeng!

Rupa Tower ketika event FOTL 2019 nanti

Guardians (pemain destiny) akan kembali memburu dan membunuh bost di Haunted Forest di mana Guardians harus membunuh gelombang musuh yang akan menjadi lebih susah setiap wave. Guardians hanya mempunyai 15 minit dan makin banyak mini boss dibunuh sebelum membunuh boss besar, makin lumayan ganjaran akan dapat!

Mask yang tertera dia atas akan mempunyai quest tertentu sambil memakai untuk menghabiskan bounty dari Mak Cik Eva Levante. Bercakap dengan Eva untuk memulakan perjalanan korang dan dapatkan topeng Masquerader.

Dapatkan Strange Chocolate (eherm, coin.. mata wang dari Xur) dari bounty dan aktiviti untuk membeli Ornament topeng-topeng tersebut untuk dipakaikan ke helmet Guardian korang. Semua pemain Destiny 2 boleh mengambil bahagian dalam perayaan, termasuk pemain New Light yang perlu berada di Power Level 770 untuk bermula.

Braytech Werewolf.

Kembali atas permintaan popular, Candy membuat pulangan manisnya sebagai hadiah yang akan dibelanjakan ke arah Misteri Grab Bags dan Auto Rifle Braytech Werewolf. Selepas memperoleh senjata Masterwork 950 Power sepenuhnya, bikin senjata raksasa tersendiri dengan random roll.

Pakaian cosmetic Eververse.

Terdapat lebih banyak kosmetik semanis candy di Eververse jika korang ingin custom-kan lagi kostum Guardian korang. Dari perhiasan ‘skeleton’ menakutkan ke topeng Jack-O’-Lantern, tentu boleh menakutkan embali pihak musuh! Minta-mintalah ‘glow’ tersebut boleh dapat dari membeli menggunakan bright dust!

Barangan kosmetik Eververse.

FOTL adalah masa untuk menghormati mereka yang telah meninggal (RIP Cayde). Pastikan korang membiarkan musuh-musuh korang dapat mengingat kematian mereka selama-lamanya dengan batu nisan peribadi mereka sendiri. Andaikanlah bunga itu bunga merah seperti di dalam Black Garden mesti lagi gempak dari bunga daisy ni, ooops.

Emote campak batu nisan.

Selamat memburu Guardians! Penulis nak get ready merempit keliling galaksi dulu dengan penyapu ni! Semoga sempat kumpul bright dust untuk barangan kosmetik!

JomKomen!