in , ,

Musim Pertama The Last of Us Terbitan HBO Akan Sajikan 10 Episod, Dedah Craig Mazin

Musim pertama siri televisyen The Last of Us yang sedang diterbitkan oleh HBO akan mempunyai 10 episod.

Perkara ini didedahkan oleh penulis dan penerbit siri ini sendiri, Craig Mazin ketika bercakap dalam podcast Scriptnotes, lapor GamesRadar.

Beliau turut mendedahkan hanya ada dua pengarah lagi bakal diumumkan tidak lama lagi untuk siri adaptasi dari video game yang dibangunkan Naughty Dog itu. Ketika artikel ini ditulis, barisan pengarah yang sudah didedahkan ialah Ali Abbasi (Shelley, Border), Kantemir Balagov (Closeness, Beanpole), dan Jasmila Zbanic (Quo Vadis, Aida?).

Memandangkan setiap episod akan berdurasi kira-kira sejam, maka musim pertama ini akan menyajikan sekitar 10 jam dari dunia pasca-apokalips itu.

Tidak banyak jalan cerita yang didedahkan setakat ini, dan kita belum tahu berapa banyak musim akan diterbitkan, namun kita sudah ketahui bahawa musim pertama ini akan berdasarkan game pertama The Last of Us yang dilancarkan pada 2013.

Dua bintang Game of Thrones, Pedro Pascal dan Bella Ramsey akan kembali bersatu sekali lagi dalam siri televisyen terbitan HBO, sebagai duo yang cukup ikonik dalam The Last of Us, Joel dan Ellie. 

Gabriel Luna bakal membawakan watak Tommy; pelakon Marlene dari game, Merle Dandridge akan menghidupkan watak yang sama; dan Nico Parker sebagai Sarah.

Kerusi pengarah untuk episod pertama diisi oleh Kantemir Balagov, pembikin filem berasal dari Rusia yang cukup terkenal melalui kerjanya untuk drama yang telah memenangi banyak anugerah, Beanpole.

Gambar pertama dari set penggambaran sudah dikongsikan, memaparkan Joel, Sarah dan Tommy dalam satu babak di dalam sebuah kereta.

Penerbitan siri TV adapatasi The Last of Us ini diketuai oleh Craig Mazin — insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Beliau akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.

Ia merupakan siri TV hasil kerjasama HBO dengan Sony Pictures.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kylian Mbappe Kembali Sebagai Bintang Muka Depan FIFA 22, Trailer Pertama Pada 11 Julai

Battlefield 2042 Disahkan Akan Bawa Semula Map Dari Battlefield Lama – Mungkin 6 Map Ini