Pada ketika ini, musim kedua The Witcher yang diterbitkan Netflix sedang dalam penggambaran, selepas tergendala buat seketika disebabkan wabak pandemik COVID-19.
Namun, musim ketiga The Witcher dilaporkan sudah mendapat lampu hijau. Laporan ini datang dari Redanian Intelligence, satu sumber yang sentiasa tepat dalam membawakan berita-berita tentang siri televisyen ini.
Laporan ini mengatakan bahawa pangkalan data Persatuan Penulis Amerika (Writers Guild of America) telah menambah musim ketiga The Witcher. Seperti yang dapat dilihat dalam screenshot di bawah, ia menyatakan musim ketiga itu akan diterbitkan sekitar 2020-2021, sekali lagi menampilkan Lauren Hissrich sebagai penerbut eksekutif.

Melihat kepada populariti musim sulung The Witcher di Netflix, sememangnya bukan sesuatu yang mengejutkan platform streaming gergasi itu akan menempah lebih banyak musim.
Memandangkan musim kedua masih lagi dalam penggambaran, musim kedua dijangka akan menemui para peminat pada 2021, manakala musim ketiga pula mungkin akan mula tayangan pada 2022.
Musim pertama The Witcher kini boleh ditonton di Netflix yang mempunyai lapan episod.
Comments
Loading…