in , ,

Musim Kedua The Witcher Netflix Mungkin Bawakan Pelakon Kesukaan Ramai Dari Game of Thrones

Musim pertama The Witcher di Netflix telah mendapat sambutan yang cukup hangat. Kualiti yang dibawakan melalui musim itu membuatkan para penonton tak sabar menantikan musim seterusnya yang dijadualkan keluar pada 2021.

Satu spekulasi terbaru tentang musim kedua telah muncul, dan ia akan membuatkan kedua-dua peminat sirit tv The Witcher dan Game of Thrones teruja.

Pengarah untuk musim kedua The Witcher, Stephen Surjik telah memuatnaik satu gambar di Instagram yang menyatakan beliau sedang menjejak dan mengkaji beberapa lokasi penggambaran untuk siri itu. Apa yang menjadi bualan ialah gambar itu, selain meletakkan hashtag Henry Cavill (Geralt) dan Anya Chalotra (Yennefer), gambar tersebut juga diletakkan hashtag Kristofer Hivju.

Penonton setia siri tv Game of Thrones terbitan HBO pastinya cukup mengenali Hivju. Beliau memainkan watak kesukaan ramai, iaitu Tormund Giantsbane.

Membuatkan ia menjadi semakin panas adalah apabila gambar itu telahpun dipadamkan, menandakan kemungkinan beliau sebenarnya telah mendedahkan secara tidak sengaja bahawa Hivju akan tampil dalam musim kedua The Witcher. Walaupun sudah dipadamkan, ia sempat di-screenshot oleh Redanian Intelligence.

Persoalannya kini, sekiranya spekulasi ini benar, watak apakah yang bakal dihidupkan oleh Hivju dalam siri Netflix itu? Sama-samalah kita nantikan sebarang pengumuman rasmi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Info Baru Filem Animasi Mortal Kombat Didedahkan, Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini

Info Baru Filem Animasi Mortal Kombat Didedahkan, Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini

Fortnite Dan TikTok Umum Kerjasama, Beri Peluang Pemain Cipta Emote Sendiri

Fortnite Dan TikTok Umum Kerjasama, Beri Peluang Pemain Cipta Emote Sendiri